Monday, July 21, 2008

Oh, Tuhan

Oh, Tuhan pimpinlah langkahku. Aku tidak berani jalan sendiri. HanyaMu yang boleh memegang tanganku dan membawaku ke jalan yang betul.

Tuhan, engkaulah kekuatanku. BersamaMu ku tidak akan goyang. Dengan itu, hamba sedar bahawa hamba akan terbang tinggi bagai rajawali denganMu pada suatu hari nanti. Hamba akan terbang dengan kemuliaanMu. Biar bumi bergoncang dan badai menerpa, ku akan terbang tinggi bersamaMu.

Persembahanku kepadaMu tidak akan dapat menebus semua perbuatan-perbuatanku yang tidak kubanggakan. Tidak walaupun Dikau memberikanku masa sejuta tahun. Hamba mohon agar Tuhan memaafkan segala perbuatan dosaku yang telah memalukan namaMu dan agamaku.

KasihMu kepadaku tidak dapat dinyatakan sekadar menggunakan kata-kata. KasihMu padaku sejauh timur dari barat. Hamba begitu tersentuh dengan kasihMu, dengan pengorbananMu. Oh Tuhan, terima kasih atas segala-galanya.

0 comments: